Bagi melatih para pelajar mengaplikasikan 4 Kemahiran Insaniah (KI) dan melahirkan pelajar-pelajar yang bermutu tinggi, projek kemasyarakatan menjadi pilihan Pembangunan Diri 2. Projek kemasyarakatan menekankan 4 kemahiran berikut didalam perlaksanaannya:
1. Komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi.
2. Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
3. Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
4. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.
Oleh itu setiap pelajar diminta untuk mencari suatu aktiviti kemasyarakatan yang boleh dilaksanakan dan dapat mengaplikasikan keempat-empat KI tersebut.
Dibawah bimbingan En Ahmad Rafizi Salleh dan Dr Jamsari Alias kami telah memilih projek kemasyarakatan ke Zoo Negara, bagi membersihkan kawasan dalam Zoo Negara. Kumpulan kami terdiri daripada 6 orang ahli seperti berikut:
Wan Shafaras Binti Wan Ahmad (Pengerusi)
Yazmin Binti Mohammad Nor (Setiausaha)
Nurul Amalina Binti Ahmad (Bendahari)
Nur Sakinah Binti Alias (AJK)
Nazira Binti Omar (AJK)
Seema Binti Sepor Rahman (AJK)
Post kedua akan menceritakan lebih lanjut mengenai perjalanan sepanjang menjayakan projek pembangunan diri 2 ini.
