Wednesday, 30 April 2014

Memilihan Jersey dan Plak Cenderhati Zoo Negara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bagi proses pemilihan jersey dan plak cenderahati diketuai oleh saudari Nazira dan saudari Sakinah. Perbincangan bagi mencapai kata sepakat dalam proses pemilihan kedua-dua ini banyak dilakukan melalui komunikasi dalam medium "Watsapp" kumpulan kami.


Pemilihan Jersey


Pemilihan jersey dilakukan berdasarkan kualiti yang bermutu tinggi dan harga jersey yang berpatutan. Kedai "The Miri Printing" di Central Market menjadi pilihan bagi pembelian jersey kami. Sebanyak 11 jersey berwarna biru laut ditempah seperti dibawah ini:

    -  6 ahli SnA
    -  1 pensyarah program
    -  1 pensyarah jemputan
    -  1 jurugambar
    -  2 keeper Zoo Negara

Pemilihan warna jersey dibuat selepas berbincang dengan pihak Zoo Negara bagi memastikan ini tidak menakutkan atau menarik perhatian haiwan-haiwan Zoo Negara. Berikut disertakan gambar-gambar pemilihan dan corak pilihan kami.









Pemilihan Cenderamata

Bagi pemilihan cenderamata, kedai "Morning Glory" di Seremban menjadi pilihan kami. Kedai ini dipilih kerana kualiti hasil cenderamata yang bermutu tinggi dan harganya yang berpatutan selain mempunyai pelbagai jenis cenderamata yang menarik.

Plak, botol air dan mug menjadi pilihan cenderamata kami. Berikut disertakan gambar-gambar cenderamata dan buku pilihan cenderamata:

 




Matlamat dan Objektif Program Charity ke Zoo Negara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Program Charity ke Zoo Negara ini adalah untuk memberi kelainan disamping untuk menghargai satu lagi ciptaan Allah S.W.T iaitu haiwan. Haiwan merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang tidak diberi akan yang sempurna seperti manusia, oleh itu tidak salah kita sebagai manusia memberi sedikit sebanyak khidmat dari tubuh badan kita yang sihat untuk bersama-sama memelihara dan membersihkan persekitaran mereka.

Matlamat Program

Program yang akan diadakan ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap sukarelawan dan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam kalangan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan. Selain itu, program ini juga akan meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar semester 2 dalam subjek Pembangunan Diri.


Objektif Program

Selepas mengikuti program ini, pelajar dapat:-


  • Memupuk perpaduan dikalangan pelajar
  • Pendedahan mengenai kerja-kerja khidmat masyarakat
  • Melahirkan pelajar yang prihatin terhadap alam sekitar terutamanya kepada haiwan.

Maklumat Program

Tema                                   : Sokongan 
Nama Projek                       : "Cintai Haiwan Zoo Negara"
Aktiviti yang dicadangkan  : Membersihkan Persekitaran Haiwan-haiwan
Tempat Projek                     : Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Tarikh Perlaksanaan            : 1hb Mei 2014

Penglibatan:-
  1. Pelajar Sarjana Muda Perakaunan    6 Orang
  2. Pensyarah Pengiring                         1 Orang
  3. Jurukamera                                       1 Orang                      

Aturcara Program 

01 Mei 2014 - Khamis

07.30 Pagi          : Berkumpul di perkarangan pintu masuk Zoo Negara
07.40 Pagi          : Sarapan & Taklimat dari Pengerusi 
08.00 Pagi          : Mula memasuki Zoo Negara
                            (Taklimat dan Penerangan dari Pihak Zoo Negara)
08.30 Pagi          : Aktiviti bermula
                            (Aktiviti diketuai dan diawasi oleh wakil Zoo Negara)
01.00 Tengahari  : Gotong royong berakhir
                            (Acara pemberian penghargaan kepada pihak Zoo Negara)
01.30 Tengahari  : Makan Tengahari
02.00 Petang       : Program Bersurai


 Perbelanjaan

Minyak dan Tol                  RM 30.00 x 2                         RM   60.00
Makanan
       Minum Pagi                 RM   2.00 x 8                          RM   18.00
       Makan Tengahari         RM 14.00 x 8                         RM 112.00 
Pendaftaran Masuk             RM  10.00 x 8                        RM   80.00
Cenderamata                       RM  105.00 x 1                      RM  105.00
T-Shirt                                 RM  35.00 x 11                       RM  385.00
Lebihan                                                                               RM 10.00

Jumlah                                                                                RM 770.00

Dana

Kutipan ahli                        RM 70.00 x 6                           RM 420.00
Sumbangan dana                                                               RM 350.00

Jumlah                                                                                RM 770.00


Monday, 28 April 2014

Mesyuarat Kelima ~ Mesyuarat Terakhir

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada 27 April 2014 berlangsungnya mesyuarat kali kelima atau terakhir kami sebelum program kami dilaksanakan pada 1 Mei 2014. Dalam mesyuarat kali ini Cik Pengerusi majlis iaitu, Wan Shafaras telah menyampaikan beberapa peringatan berhubung peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap ahli pasukan sepanjang menjayakan program kami ini.

Kami juga telah diarahkan agar hadir tepat pada masa pada hari program ini bagi memastikan kami mematuhi masa yang ditetapkan oleh pihak Zoo Negara untuk memberi taklimat sebelum kami memulakan program.

Kami diingatkan agar mematuhi etika berpakaian ketika berada di Zoo Negara. Pemakaian jersey kumpulan, tudung hitam, seluar sukan berwarna hitam dan kasut sukan adalah satu kemestian pada hari program.

Setiap ahli diingatkan untuk sentiasa berkerjasama dan menjaga tingkah laku sepanjang program berlangsung. Bagi memastikan pihak Zoo Negara tidak menghadapi sebarang masalah kami diminta agar sentiasa berkerjasama dengan keeper-keeper Zoo Negara dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Zoo Negara

Mesyuarat berakhir apa bila semua ahli berpuas hati dengan segala persiapan dan tidak mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan terakhir sebelum program berlangsung.

Sekian buat kali ini, nantikan post kami mengenai hari program charity kami,

Assalamualaikum.




Monday, 21 April 2014

Mesyuarat Keempat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Pada kali ini saya akan membincangkan perkembangan mesyuarat kali keempat kami bagi menjayakan program Charity Zoo Negara kami. Dalam mesyuarat ini yang berlangsung pada 20 April 2014, Cik Pengerusi kami Wan Shafaras telah menerangkan perkembangan mesyuarat terdahulu.

Setiap ahli diminta untuk menerangkan tugasan masing-masing. Yazmin, telah menyerahkan checklist tugasan setiap ahli secara lebih terperinci dan menyerahkan laporan minit mesyuarat ketiga kepada Wan Shafaras. Amalina telah melaporkan kedudukan kewangan terkini kumpulan kami. Manakala Nazira dan Sakinah melaporkan bahawa tempahan jersey dan plak penghargaan telah dibuat dan dijangka siap pada 24 dan 29 April 2014.

Kami juga membincangkan mengenai penyediaan makanan dan minuman sepanjang program berlangsung pada 1 Mei 2014, setiap ahli bahawa sarapan pagi diberikan kepada setiap ahli kumpulan, jurugambar dan pensyarah pengiring.

Saya pula telah melaporkan perkembangan terkini blog yang mana beberapa post telah di postkan dalam blog Charity ke Zoo Negara kami ini.

Setelah setiap ahli selesai melaporkan perkembangan, mesyuarat bersurai. 

Berikut disertakan beberapa gambar sepanjang mesyuarat berlangsung.







Sunday, 20 April 2014

Pensyarah Jemputan - Dr Mara.

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Bagi menjayakan program Charity Zoo Negara ini kami menjemput Dr Mara, Pensyarah dan Penyelaras BAC Hujung Minggu bagi menyertai aktiviti kami. Bagi menjemput Dr Mara, kami sepasukan telah bersepakat untuk pergi bersama-sama untuk memberi surat jemputan.
Alhamdulillah Dr Mara setuju untuk menjadi pensyarah jemputan kami. Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang kami di pejabat Dr Mara.

 



Selain Dr Mara, kami juga telah menjemput Shahrir rakan sekuliah kami bagi membantu dalam proses pengambilan gambar.

Sekian buat masa ini.



Monday, 14 April 2014

Mesyuarat Ketiga

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....

Pada 12 April 2014 kami telah melaksanakan mesyuarat kali ketiga program kami. Tujuan mesyuarat kali ini adalah untuk melihat perkembangaan tugasan setiap ahli selain membincangkan sebarang perubahan atau masalah yang timbul.

Dalam mesyuarat kali ini pengerusi majlis iaitu Cik Wan Shafaras telah mencadangkan agar pemberian cenderahati diberi kepada pensyarah subjek dan pensyarah jemputan juga. Setiap ahli bersetuju dengan cadangan tersebut dan perbelanjaan cenderahati tersebut akan ditolak dari dana terkumpul kami. Nur Sakinah dipertanggungjawabkan bagi pembelian cenderahati ini.

Kami juga telah berbincangkan mengenai cadangan meminta sumbangan dari pihak luar bagi membantu dana terkumpul kami. Setiap ahli dipertanggungjawabkan bagi mencari sumbangan dari orang perseorangan atau mana-mana syarikat dan firma.

Dalam mesyuarat ini, setiap ahli diminta untuk menjelaskan perkembangan tugasan masing-masing. Tiada sebarang masalah dilaporkan oleh Yazmin, Nur Amalina dan saya bagi tugasan kami. Perkembangan minit mesyuarat, surat jemputan rasmi, laporan kewangan dan penerbitan blog berjalan dengan lancar.

Kami juga telah membincangkan perkembangan terkini tinjauan kedai jersey dan plak perhargaan. Sakinah dan Nazira telah mendapatkan sebutan harga bagi jersey dan plak perhargaan. Kami bersetuju dengan pemilihan "The Miri Printing" dan "Morning Glory" sebagai kedai pilihan kami bagi tujuan pembelian jersey dan plak perhargaan.

Sebelum bersurai kami telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat kali keempat pada 20 April 2014 untuk membincangkan perkembangan tugasan setiap ahli. Selain sentiasa berkomunikasi melalui medium "Watsapp" kumpulan kami.

Sekian dari saya buat masa buat kali ini, semoga kami berjumpa lagi.

Assalamualaikum.

Friday, 11 April 2014

Mesyuarat Kedua

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....

      Bertemu kembali dalam blog Charity ke Zoo Negara kami. Pada 6 April 2014, kumpulan kami telah mengadakan mesyuarat buat kali kedua untuk membincangkan perkembangaan projek charity kami. Dalam mesyuarat tersebut, Cik Pengerusi (Wan Shafaras) telah menyatakan persetujuan pihak Zoo Negara untuk menerima cadangan kami bagi menjayakan projek pembersihan Zoo Negara pada tarikh 1 May 2013.

      Bagi menjayakan kami projek ini, aturcara program dibincangkan dan pengagihan tugasan juga diberi kepada setiap ahli kumpulan. Kami semua diberi tugasan bagi memupuk semangat kerja berpasukan. Berikut adalah diantara perkara-perkara dibincangkan.

  • Kertas kerja program, kontrak pembelajaran - Wan Shafaras
  • Tentatif program, surat-surat rasmi dan minit mesyuarat - Yazmin
  • Pakaian seragam - Nazira
  • Penerbitan blog - Seema
  • Plak penghargaan / Makanan dan minuman - Nur Sakinah
  • Kewangan dan perbelanjaan -  Nurul Amalina

      Bagi memastikan program kami ini berjalan dengan sempurna, Cik Pengerusi mencadangkan kami menjemput pensyarah pengiring iaitu En Ahmad Rafizi atau Dr Mara yang dipersetujui oleh semua ahli. Beliau juga mengarahkan agar menyiapkan journal refleksi untuk disemak sebelum dihantar.    

      Kami semua bersetuju untuk untuk berkongsi setiap masalah atau meminta nasihat dari rakan sepasukan yang lain melalui medium "Watsapp" atau media komunikasi yang lain bagi memastikan tugasan kami berjalan dengan lancar.

     Mesyuarat kami bersurai setelah semua agenda dibincangkan.

    Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan projek kami di post-post yang akan datang.

Tuesday, 1 April 2014

Mesyuarat Pertama

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera....

    Mesyuarat pertama untuk projek kemasyarakatan kami dilakukan pada 29 Mac 2014 untuk pemilihan jawatankuasa, pemilihan projek dan sumber kewangan.

    Proses pemilihan jawatan kuasa telah dibuat melalui pembuangan undi dan kumpulan kami sebulat suara telah memilih ahli jawatan kuasa seperti berikut:

  • Wan Shafaras Binti Wan Ahmad (Pengerusi)
  • Yazmin Binti Mohammad Nor (Setiausaha)
  • Nurul Amalina Binti Ahmad (Bendahari)
  • Nur Sakinah Binti Alias (AJK)
  • Nazira Binti Omar (AJK)
  • Seema Binti Sepor Rahman (AJK)

   Bagi proses pemilihan projek antara projek yang dicadangan adalah seperti berikut:

  •  Gotong-royong di Zoo Negara
  •  Program Kemasyarakatan di Makna

   Program gotong-royong di Zoo Negara menjadi pilihan kumpulan kami.

    Bagi sumber kewangan pula kami bersetuju untuk mengeluarkan dana sendiri sebanyak RM 70.00 seorang.

  Sekian buat masa ini, jangan lupa untuk mengikuti perkembangan program kemasyarakatan kami di post seterusnya.


~ Ahli Kumpulan S&A ~

Assaalamualaikum dan Selamat Sejahtera....

Pada post kali ini saya akan bercerita sedikit latar belakang ahli-ahli kumpulan SnA. Nama kumpulan kami diambil dari singkatan nama "Single n Available". Kami merupakan pelajar hujung minggu Sarjana Muda Perakaunan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kumpulan yang terdiri daripada:

Wan Shafaras @ lebih dikenali dengan panggilan Kak As, merupakan anak ke 2 dari 3 orang adik beradik. Anak kelahiran Melaka ini adalah bekas pelajar lulusan diploma Universiti Teknologi Malaysia. Kak As yang kini bekerja disalah sebuah bank di Shah Alam adalah anak perempuan tunggal En Wan Hamad.

Yazmin @ lebih dikenali sebagai Min, merupakan anak no 2 dari 5 orang adik beradik. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini sangat meminati Korea. Merupakan bekas pelajar lulusan diploma Kolej Universiti Islam Melaka yang kini sedang berkerja di salah sebuah syarikat insuran di Kuala Lumpur.

Nur Sakinah @ lebih dikenali dengan nama manja Kina, merupakan anak ke 3 dari 5 orang adik beradik, dia mempunyai 2 orang abang, seorang adik lelaki dan perempuan. Anak kelahiran Johor sangat meminati pelakon Fahrin Ahmad. Merupakan bekas pelajar lulusan diploma Politeknik Merlimau yang kini bekerja di sektor kerajaan.

Nazira @ lebih dikenali sebagai Ya, merupakan anak ke 3 dari 4 orang adik beradik. Anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga sangat meminati Korea. Merupakan bekas pelajar lulusan diploma Kolej Universiti Islam Melaka dan kini sedang berkerja di salah sebuah syarikat insuran di Kuala Lumpur.

Nurul Amalina @ lebih dikenali sebagai Ina, merupakan anak ke 9 dari 12 orang adik beradik. Anak kelahiran Johor ini merupakan ahli SnA yang paling manja. Bekas pelajar lulusan diploma Politeknik Merlimau ini berkerja di salah sebuah syarikat peragaan.

Seema iaitu saya adalah anak kelahiran Kuala Lumpur. Saya adalah anak bongsu dari 7 orang adik beradik, merupakan bekas pelajar lulusan diploma Universiti Tun Abdul Razak dan kini sedang berkerja di salah sebuah syarikat insuran di Kuala Lumpur. 

Sekian buat masa ini, semoga kami berjumpa kembali.