Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Program Charity ke Zoo Negara ini adalah untuk memberi kelainan disamping untuk menghargai satu lagi ciptaan Allah S.W.T iaitu haiwan. Haiwan merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang tidak diberi akan yang sempurna seperti manusia, oleh itu tidak salah kita sebagai manusia memberi sedikit sebanyak khidmat dari tubuh badan kita yang sihat untuk bersama-sama memelihara dan membersihkan persekitaran mereka.
Matlamat Program
Program yang akan diadakan ini adalah bertujuan untuk memupuk sikap sukarelawan dan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dalam kalangan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan. Selain itu, program ini juga akan meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar semester 2 dalam subjek Pembangunan Diri.
Objektif Program
Selepas mengikuti program ini, pelajar dapat:-
- Memupuk perpaduan dikalangan pelajar
- Pendedahan mengenai kerja-kerja khidmat masyarakat
- Melahirkan pelajar yang prihatin terhadap alam sekitar terutamanya kepada haiwan.
Maklumat Program
Tema : Sokongan
Nama Projek : "Cintai Haiwan Zoo Negara"
Aktiviti yang dicadangkan : Membersihkan Persekitaran Haiwan-haiwan
Tempat Projek : Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor
Tarikh Perlaksanaan : 1hb Mei 2014
Penglibatan:-
- Pelajar Sarjana Muda Perakaunan 6 Orang
- Pensyarah Pengiring 1 Orang
- Jurukamera 1 Orang
Aturcara Program
01 Mei 2014 - Khamis
07.30 Pagi : Berkumpul di perkarangan pintu masuk Zoo Negara
07.40 Pagi : Sarapan & Taklimat dari Pengerusi
08.00 Pagi : Mula memasuki Zoo Negara
(Taklimat dan Penerangan dari Pihak Zoo Negara)
08.30 Pagi : Aktiviti bermula
(Aktiviti diketuai dan diawasi oleh wakil Zoo Negara)
01.00 Tengahari : Gotong royong berakhir
(Acara pemberian penghargaan kepada pihak Zoo Negara)
01.30 Tengahari : Makan Tengahari
02.00 Petang : Program Bersurai
Perbelanjaan
Minyak dan Tol RM 30.00 x 2 RM 60.00
Makanan
Minum Pagi RM 2.00 x 8 RM 18.00
Makan Tengahari RM 14.00 x 8 RM 112.00
Pendaftaran Masuk RM 10.00 x 8 RM 80.00
Cenderamata RM 105.00 x 1 RM 105.00
T-Shirt RM 35.00 x 11 RM 385.00
Lebihan RM 10.00
Jumlah RM 770.00
Dana
Dana
Sumbangan dana RM 350.00
Jumlah RM 770.00
No comments:
Post a Comment