Wednesday, 7 May 2014

Lawatan ke Zoo Negara

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Akhirnya hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Pada hari program segala berlangsung seperti yang dirancangkan. Kami telah berkumpul pada pukul 8.00 pagi dipintu masuk no 3 Zoo Negara. Kumpulan kami yang disertai oleh 6 orang ahli pasukan SnA, seorang pensyarah jemputan, Dr Mara dan seorang jurugambar, Shahrir. Setibanya kami didalam pintu masuk Zoo Negara kami telah disambut oleh pegawai yang bertugas dan diberi layanan istimewa berbanding "volunteer" yang lain. Ini kerana kumpulan kami diasingkan dan diberi taklimat berasingan oleh keeper yang bertugas, setelah pegawai tersebut menerangkan peraturan-peraturan dan arahan yang perlu kami patuhi, kami diberikan pelekat yang bertulis "Zoo Negara Volunteer" sebelum dibawa menuju ke kawasan tugasan kami oleh En Rafis, pegawai bertugas bagi kumpulan kami.

Kumpulan kami telah ditugaskan membersihkan kawasan reptilia. Kawasan reptilia menempatkan tiga ekor kura-kura gergasi, kura-kura normal, tikus, landak, iguana, buaya, memerang, landak besar dan berbagai-bagai jenis ular. Sepanjang perjalanan kami menuju ke kawasan reptilia kami diberi penerangan oleh En Hafis berhubung keluasan Zoo Negara dan serba sedikit penerangan mengenai haiwan-haiwan yang kami jumpa sepanjang menuju ke destinasi yang ditugaskan. Setibanya kami di kawasan reptilia kami dipisahkan menjadi dua kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada Wan Shafaras, Nurul Amalina, Nursakinah manakala kumpulan kedua terdiri daripada Nazira, Yazmin, dan saya  (Seema). Setiap satu kumpulan ditempatkan dibawah jagaan seorang keeper selain dipantau oleh En. Rafis dari masa ke semasa. En Rafis dan kedua-dua keeper tersebut telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun dengan Zoo Negara dan mempunyai pengetahuan yang sangat banyak tentang kehidupan haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Kumpulan pertama dibawa oleh keeper pertama menuju ke kawasan kura-kura gergasi yang diberi nama Do, Re dan Mi. Mereka diberi tugasan membersihkan kawasan kura-kura besar dengan menyapukan daun-daun kering dan membersihkan tempat makan kura-kura gergasi tersebut. Kumpulan kedua pulak diberi tugasan oleh keeper kedua untuk membersihkan kawasan sekitar pintu masuk bahagian reptilia dan rumah tikus. Selain membantu dalam memotong sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijadikan makanan reptilia. Selesai tugasan tersebut, kumpulan kedua ditugaskan  untuk memberi makanan kepada landak-landak besar yang dikurung didalam bilik. Landak-landak tersebut dikurung di dua buah bilik berasingan bagi memudahkan proses menjaga. Setelah selesai memberi landak-landak dan kura-kura kecil makan kami diberi masa rehat selama 30 minit untuk sarapan pagi. Selesai sarapan kedua-dua kumpulan bergabung dan bergerak untuk memberi makanan kepada kura-kura gergasi.

Setibanya di kawasan kura-kura besar, kami ditugaskan untuk membasuh, mengilatkan dan memberi makanan kepada kura-kura gergasi tersebut. Semasa menjalankan aktiviti tersebut kami diberi penerangan oleh En Rafis mengenai latar belakang kura-kura tersebut dan haiwan-haiwan yang lain yang berada di dalam kawasan reptilia. En Rafis juga menerangkan mengenai jenis-jenis ular serta jenis-jenis gigitan ular. Setelah selesai aktiviti tersebut kami bergerak menuju ke beberapa kawasan kura-kura kecil dan iguana bagi memberi makanan kepada haiwan-haiwan tersebut.

Kami juga berpeluang memberi makanan kepada buaya dan memerang. Semasa memberi makanan kepada buaya, En Rafis yang sangat mesra dengan haiwan-haiwan di Zoo Negara telah menunjukkan
salah satu kelebihan beliau, iaitu dengan memanggil buaya besar yang berada di kawasan buaya dengan nama panggilan buaya tersebut. Buaya tersebut yang pada asalnya tidak kelihatan disebabkan berada didasar kolam buaya bertindak menonjolkan diri dengan panggilan En Rafis. Kami sekumpulan sungguh terpegun dengan tindak tanduk buaya tersebut yang sangat peka dengan suara En Rafis. Setelah itu kami bergerak ke kawasan memerang untuk memberi makanan kepada memerang-memerang di Zoo Negara.

Sebelum kami pulang kami diberi peluang untuk dibawa ke kawasan ular untuk mengenal jenis-jenis ular di Zoo Negara selain berpeluang memegang ular. Diantara ular-ular yang kami berpeluang untuk tengok adalah ular sawa batik, ular albino dan berbagai-bagai ular yang ditempatkan di Zoo Negara.

Selesai segala aktiviti kami didalam kawasan reptilia, Pengerusi program kami Cik Wan Shafaras menyampaikan cenderamata kepada En Rafis dan keeper sebagai tanda penghargaan kerena telah menerima kunjungan kami untuk melaksanakan program khidmat masyarakat ini selain banyak memberi tunjuk ajar sepanjang kami menjayakan program ini. Setelah selesai sesi aktivi bergambar dan penyampaian cenderahati, kami semua bergerak menuju ke kawasan pintu no 3 untuk memberi plak penghargaan kepada pegawai yang bertugas untuk memberi penerangan di Zoo Negara.

Sebelum beredar dari kawasan Zoo Negara kami mengambil peluang untik mengucapkan terima kasih dan memberi sedikit cenderamata kepada Dr Mara kerana sudi meluangkan masa beliau untuk bersama-sama kami menjayakan program khidmat masyarakat ini.

Kami selepas itu bergerak untuk makan tengah hari do Original Nasi Kandar Kayu di Ampang sebelum bersurai.

Sekian dari kami kumpulan SnA, pengalaman yang kami dapat sepanjang menjayakan program ini akan kami ingati sepanjang hidup kami, ini kerana ia adalah sangat berharga dalam mendidik kami dalam menjadi insan yang berguna. Selain mengajar kami untuk menjalankan sesuatu aktiviti dengan jayanya dan sempurna. Tanpa mengaplikasikan keempat-empat kemahiran insaniah (KI) dibawah program kami tidak akan berjaya:

1. Komunikasi yang berkesan dalam pelbagai situasi.
2. Kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik.
3. Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.
4. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat.

Gambar-gambar diupload dalam post berikutnya.

Terima Kasih dan Assalamualaikum.














No comments:

Post a Comment